Saturday, April 25, 2009

Wanita Mulia dengan Ketegaran Iman

Antara 9 wanita yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan
menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik,
menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali
karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2
berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman
dgn Rasulullah.Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas
yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi
Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail
(Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi
sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.tutk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun
Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami,
menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya
layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.Sanggup
membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat
kerana Allah s.w.t.

2 comments:

Azila said...

assalamualaikum..
menarik..
wanita2 y patut dijadikan qudwah..
syukran..

NurSyahadah said...

assalamualaikum..
doa la supaya kita menjadi seperti mereka

Aminnnnnnnnnnnn